PROFIL
Sejarah CNI
Enterprise (M) Sdn Bhd Bermula pada tahun 1989 apabila tiga
orang usahawan bercita-cita tinggi dan berwawasan bergabung
untuk membentuk sebuah syarikat jualan langsung.
Bermula dengan sebuah kedai sewa di Petaling Jaya diikuti
bangunan sendiri di Ampang pada 1992, CNI kini telah berubah
wajah dan maju ke hadapan dengan Wisma CNI di Glenmarie, Shah
Alam. Perkembangannya selaras dengan pertumbuhan pesat CNI
dengan modal pusingan berjumlah lebih RM260,000,000 pada tahun
2004 berbanding RM120,000 pada tahun 1989. Perjalanannya
dipenuhi onak dan duri, namun tekad CNI telah meletakkannya di
baris hadapan industri jualan langsung tempatan masa kini.
KILANG GMP
Kualiti adalah
nilai terunggul sesuatu produk. Pengguna akan lebih mudah
tertarik dan setia kepada produk yang mempunyai nilai kualiti
unggul. Idea penubuhan kilang pemprosesan dan pembungkusan
sendiri tercetus apabila pengasas CNI sedar bahawa syarikat
perlu mempromosikan kualiti produk dan mengurangkan
kebergantungan kepada rangkaian produk yang dibekal oleh
sumber-sumber luar. Maka pada tahun 1991, Exclusive Mark (M)
Sdn Bhd telah ditubuhkan untuk memproses, membungkus dan
membekal produk makanan dan minuman.
Pada tahun 1992, sebagai tambahan kepada makanan dan minuman
dan selaras dengan perkembangan pesat syarikat, rangkaian
produk CNI telah dikembangkan merangkumi kepada produk
penjagaan diri, penjagaan kebersihan diri dan penjagaan
kereta. Kilang Q-Pack telah ditubuhkan pada tahun itu khas
untuk menghasilkan produk-produk dalam kategori tersebut.
EM dan Q-Pack telah mewujudkan prosedur jaminan kualiti yang
ketat dan menjalankan pemeriksaan kawalan pada setiap
peringkat kritikal proses pengilangan. Kemudahan dan standard
pengilangan EM dan Q-Pack telah disahkan oleh badan-badan
pentauliahan tempatan dan antarabangsa bagi memastikan
pengguna menikmati produk yang terbaik daripada CNI. EM telah
dianugerahkan Amalan Pengilangan Baik (GMP) oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia pada tahun 1999, ISO9001:2000 serta HACCP
(Keselamatan Makanan) oleh Sci-Qual International Ptd Ltd,
Australia pada tahun 2002. Q-Pack turut diberi pentauliahan
GMP oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 1999 dan
ISO9001:2000 oleh Llyod's Register Quality Assurance, UK pada
tahun 2003.
PRODUK
CNI amat
mementingkan kepuasan pengguna dan sentiasa membangun,
meningkat serta menjalankan penyelidikan ke atas portfolio
produk. Strategi sungguh ringkas, iaitu membekalkan produk
unik dan unggul, bermutu tinggi dan berkesan kepada pengguna
pada harga yang berpatutan.
Sehingga kini, CNI menawarkan lebih 200 produk berkualiti yang
termasuk di dalam 5 kategori utama iaitu makanan kesihatan,
penjagaan diri dan kecantikan, makanan dan minuman, penjagaan
rumah, penjagaan kereta dan produk ekslusif. CNI menawarkan
rangkaian produk lengkap untuk keperluan harian pengguna,
tidak kira tua atau muda, lelaki atau wanita.
Kualiti produk adalah matlamat utama dan selaras dengan
perkembangan pasaran, CNI akan terus memperkenalkan lebih
banyak produk menggunakan ramuan bermutu tinggi bagi
menghasilkan keberkesanan dan nilai kepada pengguna. Produk
terkenal, CNI Cafe telah mengharumkan nama syarikat dan negara
setelah ia memenangi anugerah 'Best of Show' daripada majalah
Coffee & Cuisine di Pesta Kopi Seattle, Amerika Syarikat pada
tahun 1998 kerana keunikan dan kelazatannya. Satu lagi produk
unik, Kopi GinsengTongkat Ali telah meraih pencapaian
luarbiasa 285 juta cawan hidangan setakat ini semenjak ia
dipasarkan pada tahun 1999. Disamping itu, komitmen terhadap
kualiti dan keberkesanan produk turut disokong oleh
penyelidikan dan pembangunan yang saintifik, klinikal dan
efisien.
SISTEM
PENDIDIKAN
Sistem
Pendidikan Keusahawanan CNI yang dikenali sebagai BES menjadi
asas penerapan nilai dan imej profesional bagi setiap pengedar
CNI. BES dikendalikan di dalam pelbagai bentuk latihan,
bengkel dan kursus tetap untuk meningkatkan prestasi dan
pengetahuan perniagaan serta produk di samping menguatkan
motivasi dan keyakinan pengedar. Pebagai jenis alat bantuan
jualan berkualiti turut dihasilkan oleh syarikat untuk
membantu pengedar dalam aktiviti jualan dan penajaan mereka.
Usaha dan pelaburan yang diperuntukkan adalah sejajar dengan
polisi syarikat untuk sebuah organisasi berilmu dan suka
belajar yang menyokong perkembangan sumber manusia,
pengetahuan dan inovasi dalam mempelopori kualiti produk dan
operasi.
INSENTIF
PERNIAGAAN
CNI menawarkan
pelan insentif yang komprehensif serta adil untuk pengedar
membina sebuah perniagaan yang berjaya asalkan mereka komited,
dedikasi , rajin menimba ilmu dan sanggup meluangkan masa
untuk memperjuangkan kerjaya CNI. Sistem insentif CNI
terbahagi kepada ganjaran kewangan dan bukan kewangan
berdasarkan 4 ciri istimewa Rancangan Perniagaan CNI iaitu
Adil, Praktikal, Akumulatif dan Pengagihan Keuntungan.
Ganjaran kewangan yang ditawarkan antaranya keuntungan runcit
di atas jualan, Tabung insentif kereta, Tabung insentif rumah
dan pelbagai jenis bonus bulanan yang nilainya berbeza
mengikut pangkat dan prestasi pengedar. Ganjaran bukan
kewangan pula terdiri daripada pelancongan dalam dan luar
negara, insentif pendidikan anak-anak pengedar, sijil,
penganugerahan pin serta siaran gambar pengedar di dalam
majalah bulanan CNI NEWS sebagai pengiktirafan kenaikan
pangkat mereka.
SISTEM
PENGEDARAN
Sehingga Mei
2005, CNI Enterprise mempunyai jumlah pengedar seramai 310,841
orang dan 88,761 daripada mereka merupakan pengedar aktif yang
berada di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei. Cawangan CNI
di Sabah dan Sarawak memudahkan lagi perkembangan perniagaan
dan usaha menembusi pasaran Malaysia Timur. Peranan dua
cawangan ini termasuklah melaksanakan kegiatan pemasaran dan
jualan syarikat, menyediakan latihan jualan, logistik dan
sokongan pergudangan.
Ibu Pejabat CNI dan cawangan-cawangannya turut disokong oleh
70 pusat pengedaran, 133 buah stesen jualan dan 25 buah salun
kecantikan profesional (sehingga Mei 2005) yang terletak di
bandar-bandar utama Malaysia, Singapura dan Brunei. Jaringan
perkhidmatan dan pengedaran yang menyeluruh ini adalah
kelebihan sistem pengedaran CNI dalam memenuhi keperluan
pengedar serta pelanggan dan menjadi sumber kecemerlangan
kerjaya CNI.
Pengurus Agensi Intan Jutawan adalah pangkat tertinggi di
dalam kerjaya CNI. Sehingga September 2005 CNI telah berjaya
melahirkan 40 Intan Jutawan daripada pelbagai latar belakang.
Mereka adalah bukti keberkesanan sistem CNI dan keluhuran
kerjaya CNI. Ikutlah jejak kecemerlangan mereka, percaya
kepada CNI dan anda juga pasti berjaya bersama CNI.