|

Mohd Faizal Esa
+6016-262 6687
My
Blog

Links
Sumber informasi
CNI2U
Laman web rasmi
CNI
CNI
eWeb Login

|
|
|
TESTIMONI KEJAYAAN
|
Usahawan Online CNI
Testimoni
kejayaan usahawan online
Cyber Ant
Network
akan dimuatkan
didalam laman web ini sedikit masa lagi. Kaedah internet tanpa
sempadan berpotensi besar dan telah menjadi trend MLM masa
kini. Golongan yang terawal merebut peluang ini akan
memperolehi kelebihan pasaran yang lebih luas. |
|
|
Usahawan Offline/Konvensional CNI
|
Berikut adalah
kisah sebahagian daripada usahawan yang telah berjaya didalam
kerjaya CNI. Sejak tahun 1989 CNI telah terbukti mampu
melahirkan lebih 40 orang insan yang bergelar jutawan. Mereka
telah mengusahakan CNI dengan cara konvensional diiringi
dengan semangat kental dah usaha yang berterusan. |
|

Pengurus Agensi Intan Jutawan
Murad Basir & Mazini
|
Dulu, saya
menyerah kepada nasib, bersikap pesimistik, lemah semangat dan
tidak berkeyakinan kerana telah banyak menempuhi kegagalan.
Kerana CNI saya bangkit semula dan sedar bahawa nasib saya
sebenarnya berada di dalam tangan saya sendiri. Asalkan saya
berani saya akan dapat mengubah nasib sendiri. |
|
Sejak itu, diiringi sindiran orang di sekeliling dan sokongan
semua upline dan downline CNI, saya sedar bahawa
walau betapa buruk sekali pun keadaan dan betapa beratnya
beban di bahu, segalanya dapat diubah. Syaratnya, saya mesti
bertindak dan berusaha dengan bersungguh-sungguh. Malahan,
saya sering mengingatkan diri, "Jangan putus asa sehingga
anda berjaya memakbulkan impian yang telah lama terpendam di
dalam hati."
Hari ini saya telah berjaya mencapai impian yang dianggap
mustahil dicapai. Mempunyai rumah dan kereta mewah, melancong
ke luar negeri, menerima pendapatan lumayan, memiliki keluarga
bahagia dan tubuh badan yang sihat.
Pendek kata, saya telah berjaya mencipta kejayaan
gilang-gemilang pada usia yang muda.
|
|
Apa yang lebih
membanggakan saya adalah saya telah membantu ramai
orang mengubah nasib mereka. Malahan, saya sanggup meninggalkan
kampung halaman merantau ke Kuantan untuk menyumbang jasa
kepada masyarakat dengan membantu ramai orang mengubah nasib
mereka. Terima kasih CNI kerana membuka peluang kejayaan saya
hari ini!
|

|
|

Pengurus Agensi Intan Jutawan
Irman Harmi & Norzi Isma
|
Pengalaman
sendiri adalah modal terbaik untuk mengajak orang lain menyertai
kerjaya CNI. Saya mula kenal CNI kerana menggunakan CNI
Lyophilized Royal Jelly untuk mengubati penyakit resdung yang
sudah bertahun saya hidapi. Saya begitu yakin dan bersemangat
menceritakan kepada orang lain tentang kemujarabannya. Tetapi
saya sedar semangat yang tinggi perlulah digandingkan dengan
ilmu yang tinggi juga demi membina kerjaya yang berkekalan dan
berdaya maju. |
|
Saya ikuti semua
kursus yang dianjurkan oleh CNI seperti GBOS, SNP dan
sebagainya untuk menimba ilmu dan bergaul dengan orang yang
positif. Sikap juga amat penting bagi menentukan hala tuju
seseorang. Kualiti cemerlang yang dipamerkan oleh upline saya
MDAM Hj Ramli Jack telah membuatkan saya berfikir dan menilai
kembali tindakan yang negatif seperti cepat berputus asa, ego
dan ragu-ragu.
Kini, sebagai seorang Intan Jutawan, saya merasakan cabaran
semakin besar kerana perlu menunjukkan komitmen dan sentiasa
bertenaga sebagai teladan kepada downline. Cabaran yang banyak
menjadi tekanan yang sihat untuk terus mengukir peluang baru.
Sepanjang kerjaya CNI, selain daripada menerima imbuhan
kebendaan seperti rumah, kereta dan pendapatan mewah serta
pelancongan di dalam dan luar negara, saya mendapat kepuasan
rohaniah juga. Membawa rakan-rakan yang susah menjadi berjaya,
membantu orang yang sakit, terutamanya yang merasakan sudah
tiada harapan mengecapi kesihatan semula, membantu
mengurangkan pengangguran di kalangan belia, saya kira sebagai
amalan.
Hendak jadi jutawan CNI tidak perlu modal berjuta, tidak
semestinya lulus universiti, yang penting ialah sikap positif,
rajin menimba ilmu dari upline dan syarikat, semangat padu
serta tindakan yang selaras dengan rancangan teratur. |
|
Dulu saya
pencuci kereta saja, tetapi saya sudah berjaya kini.
Terima kasih kepada semua upline yang menjadi mentor
untuk kekal berjaya dalam industri ini.
|

|
|

Pengurus Agensi Intan Jutawan
Hj
Mohd Zainuddin & Mazenah |
Sebelum menyertai CNI
lagi, saya telah pun menikmati pendapatan yang lumayan dengan
mengusahakan dua buah kedai makan yang maju di Kuantan.
Hakikatnya, masalah kewangan bukanlah sebab utama saya
bergabung dengan CNI.
Saya mula kenal dengan kerjaya CNI menerusi kawan-kawan yang
sering datang ke restoran saya, DAM Mustapa Daud, yang kini
menjadi upline saya, dan MDAM Wan Rahimmulah. |
|
Anggapan pertama saya tentang MLM ketika itu ialah ia
merupakan pilihan yang sesuai bagi mereka yang gagal sahaja.
Saya tidak berminat.
Namun, atas pujukan kawan-kawan selama empat bulan dan untuk
mengambil hati mereka, saya pun menjadi ahli CNI dalam bulan
Ogos 1999. Selama enam bulan saya tidak berbuat apa-apa dan
masuk bulan ketujuh, saya mencuba secara sambil lewa.
Bulan berikutnya, pada Februari 2000, saya
menerima bonus pertama berjumlah RM127.00.
Saya mula menyedari potensi kerjaya CNI.
Saya mula serius menaja downline dan menjadi 100% pengguna. Hasilnya, pada 2001 saya menikmati pelancongan luar negara
yang pertama ke Indonesia setelah dinaikkan pangkat ke
Pengurus Agensi Delima. Saya terus memanjat tangga kejayaan
CNI dan berjaya mengerjakan Umrah, melancong ke China dan
memenangi Insentif Tabung Kereta pertama pada tahun yang
sama, iaitu pada 2002. Pada ketika itulah saya nekad untuk
mengikuti kerjaya CNI sepenuh masa.
Kini, setelah enam tahun bergabung bersama CNI dan menikmati
pelancongan MDRT berprestij ke Dubai dan Turki, saya rasa amat
bertuah kerana usaha saya telah membuahkan hasil di luar
jangkaan. Misi saya seterusnya adalah untuk membantu ahli
keluarga dan menarik lebih ramai generasi muda untuk menceburi
kerjaya CNI. Ini
bersesuaian dengan hadis riwayat AI-Bukhari yang menyebut
Rasulullah SAW. bersabda:
"Berniagalah kerana sembilan persepuluh punca rezeki ada dalam
perniagaan."
Kerjaya CNI adalah sebuah perniagaan yang profesional,
berwawasan dan menepati citarasa orang ramai. Mengikut
pengalaman saya, kerjaya CNI lebih mudah diusahakan berbanding
perniagaan konvensional kerana saya tidak perlu risau tentang
stok, gaji pekerja, bil bulanan dan modal perniagaan. Tambahan
pula, kerjaya CNI disokong rangkaian produk yang berkualiti,
rancangan perniagaan yang sistematik lagi dinamik, pemimpin
yang berkaliber dan syarikat yang kukuh.
|
|
Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima
kasih kepada upline, para pemimpin, organisasi, syarikat,
isteri dan keluarga serta kawan-kawan saya kerana tanpa
sokongan dan dorongan mereka, tidak mungkin saya boleh
terbang tinggi bersama CNI.
|
 |
|
 |
Mustapa Daud &
Nor Azian Abdul
Latif
Keyakinan,
kesabaran dan tindakan yang berterusan merupakan titik tolak
kejayaan seseorang. Kepada semua usahawan CNI, yakinlah pada
diri sendiri kerana kejayaan anda berpunca daripada diri anda
sendiri. Jumpa anda di puncak kejayaan!
|
|
|
|
Anuar Abd Rawi &
Mimi Suzuraiza
Rahim
Tiada kejayaan
tanpa pernah melalui kegagalan, tiada kecemerlangan tanpa
perlu berkorban. Oleh itu, usahlah gusar jika harus berkorban
atau menemui kegagalan. Berusahalah dan pasti kita berada di
puncak kejayaan.
|
 |
|
Sheikh Salleh
Sheikh Mohamad &
Siti Hanim
Yahaya
Usaha gigih
membuahkan kejayaan bukan saja dari segi material, namun juga
peningkatan sudut mental dan spiritual.
|
|
| |
Yahya Khalid &
Siti Jamilah
Mohamed
Nak jadi senang
bukan senang. Jika mahukan kejayaan yang tinggi, kita mesti
bekerja keras dan berani menghadapi rintangan yang ada.
|
 |
|
 |
Faizal Leong
Muhamad &
Che Faridah Che
Hussin
Kejayaan pasti
tiba selagi kita berusaha. Walaupun halangan demi halangan
yang datang, kita mesti teruskan, dan pasti sukses milik kita
bersama. Terima kasih upline dan downline.
|
|
| |
Anuar Lateh &
Rohani Sidek
Azam yang kuat
dan keinginan jika dipadukan secara berterusan semestinya akan
menjadi pasangan yang tidak boleh dikalahkan.
|
 |
 |
Mahkotar Ali &
Che Hasmah Isa
Jadikan halangan
dan rintangan sebagai tangga kearah merealisasikan impian.
Yakin diri, ikhlas, komitmen yang tinggi dan jelas merupakan
resipi kejayaan.
|
|
| |
Rosnin Md Yasir
&
Norazlinda
Johary
Sabar dan tabah
menghadapi rintangan yang menghalang dalam memperjuangkan
kehidupan yang lebih baik.
|
 |
|
 |
Mohd Yunus
Yaacob &
Salma Ismail
Jangan memandang
rendah kepada keupayaan diri anda, kerana dunia sekeliling
mengenali anda melalui cara anda menilai diri anda.
|
|
| |
Karim Rahmat
Abdul Rani &
Suhaimah Seman
Kejayaan
seseorang bukan terletak pada ilmu atau bakat, tetapi pada
berani menggunakan ilmu dan bakat itu.
|
 |
Laman Utama |
Kenali CNI |
Produk |
Marketing Plan |
Konsep 100PV
4 Langkah RM22k |
Testimoni Kejayaan |
Daftar Online |
Hubungi Kami |