Azam tahun baru

Motivasi-motivasi yang dapat meningkatkan produktiviti usahawan CNI

Azam tahun baru

Postby rahani on Mon Jan 12, 2009 5:23 pm

Pada pagi ahad saya ada mengikuti satu Motivasi diTV berkenaan dengan
AZAM. Dimana setiap awal tahun semua orang ada berazam untuk mencapai
impian.Tetapi kebanyakan manusia berazam hanya bulan pertama, lepas tu
hilang entah kemana termasuklah saya sendiri,setiap tahun berazam nak
berjaya dalam CNI tapi tak berjaya juga.
Disini ada tips untuk berjaya yg saya kira perlu dikongsikan bersama
apabila berazam. Dalam kursus2 CNI pun sebenarnya kita diajar tapi
sebagai manusia kita selalu lalai dan lupa:

1) Fikir dengan jelas apa yg kita mahu contohnya nak kurangkan berat
badan bagi yg gemuk - kalau nak kurus kena jaga pemakanan,tukar jenis
makanan misalnya selama ni asyek makan kek dan coklat tukar makan
sayuran dan buah2an atau cari diet meal yg sesuai (contohnya SANDFI),
ikut jadual. Hasilnya mesti memuaskan.

2) Berterusan/Istiqama h - Kena buat berterusan
3) Cari ilmu yg betul - Contohnya kalau dalam CNI ikut sistem
pembelajaran yg dianjurkan (sistem BES)
4) Semangat yg kuat dan untuk siapa kejayaan - Contohnya untuk
ibubapa,anak2, isteri/suami
5) Berdoa pada Allah - Untuk berjaya mencapai azam kena hari2 berdoa
pada Allah dengan jelas, Contoh bertemu jodoh,kena doa pasangan
macamana yg kita inginkan.Kalau dalam CNI kena berdoa pada tahun ni
kita berazam nak naik pangkat apa atau nak kereta apa.

Antara punca Kegagalan untuk mencapai Azam:

1) Tiada sokongan dari orang terdekat contohnya suami, isteri, anak2
atau kawan2 rapat
2) Selalu lupa apa azam/matlamat yg kita mahu/tidak jelas - Tulis apa
azam kita dan letak ditempat yg kita bolih lihat hari atau setiap
masa.
3) Kawan2 - Siapa kawan kita hari2 kalau berkawan dengan kawan yg
negatif, gagal lah kita.

Halangan2:

1) Tidak buat kerja berterusan
2) Persekitaran - berkawan/bergaul dengan orang yg negatif.
3) Beban tugas yg banyak dan tiada masa (alasan)
4) Tidak berubah dan berfikir cara baru
5) Tiada dorongan
6) Tiada motivasi

Apa yg patut dilakukan :

1) Doa hari2 apa yg kita mahu pada Allah dan pasang niat dalam hati -
Cari doa 12 pintu rezeki - doa hari2.
2) Bersemangat yg tinggi - kalau lemah cari orang yg sesuai untuk membantu
3) Tukar rutin harian - contoh kalau dulu suka buat kerja yg tak
berfaedah sekarang buat kerja yg bolih mencapai azam.
4) Sabar - Buat langkah demi langkah, kalau gagal, ambil sebagai
pelajaran untuk berjaya.
5) Bersedia untuk Berubah - Buat kerja dengan terbaik jangan sambil lewa
6) Belajar ilmu baru ikut perkembangan semasa.
7) Ikut jejak langkah orang yg berjaya jangan cari yg gagal
8) Banyak redha dan selalu bersyukor pada Allah
9) Mesti dapat restu dari suami kalau yg dah berkahwin dan ibu bapa

Yang baik itu daripada Allah yg lemah itu dari saya.

--
Rahani
http://www.cni4u.%20com/Rahani
Rahani
http://www.cni4u.com/Rahani
User avatar
rahani
 
Posts: 4
Joined: Thu Sep 25, 2008 5:24 pm
Location: USJ, Selangor

Return to Motivasi

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest

cron