
Cuba anda lihat gambar di atas. Konsep yang cukup ringkas tetapi memberi impak yang cukup berkesan kepada pengguna dan pengeluar. Sebenarnya ia hanyalah gambar sahaja yang ditampal pada lantai. Bila kita tengok sahaja pasti terlintas dalam hati 'oh kuatnya kuasa bateri AAA ni hinggakan mampu menjalankan tangga bergerak'.
Kreativiti bukanlah datang dengan sendiri. Ia mesti dipelajari dari masa ke semasa melalui pemerhatian kepada situasi sekeliling. Seseorang yang kreatif mampu mencipta wang hanya melalui konsep sahaja. Ada dua kes yang ingin saya kongsi berkenaan kreativiti di sini:
Kes pertama
Pada suatu harisedang saya berbual-bual dengan seorang jurugambar profesional tentang pengalamannya mengambil gambar produk kosmetik tiba-tiba dia menunjukkan saya satu lakaran. Lakaran tersebut dibuat dengan pen sahaja. Tanpa warna. Dia tanya saya 'You tahu tak berapa syarikat ni bayar untuk sketch ini?'. Saya jawab 'Tak tahu....' Jawabnya 'RM10,000.00 ! Mereka bayar bukan untuk sketch tapi untuk konsep yang terdapat pada sketch itu'.
Kes kedua
Saya pernah berborak dengan seorang kenalan yang telah lama berkecimpung dalam bidang pengiklanan. Perbualan kami berkisar tentang pendapatan seorang 'pengarah kreatif'. Dia bertanya saya... 'Ingat tak satu iklan tv yang dibuat untuk Syarikat Penerbangan Malaysia yang menggambarkan kapalterbang mendarat di atas sebuah kapal induk di angkasa lepas?' Masa itu cerita Star Wars yang pertama sedang mendapat sambutan hangat di pawagam. Saya kata 'Ya, saya ingat. Kapal induk tersebut berbentuk wau bulan'. Kawan saya menyambung cerita... 'Kalau kau nak tahu, syarikat tempat pengarah kreatif tu bekerja membayarnya RM60,000.00 sebulan dan cukai pendapatannya ditanggung sepenuhnya oleh syarikatnya'. Wow! hebat bukan?
Tapi ingat, kejayaan tidak datang bergolek. Kreativiti bukan muncul secara tiba-tiba. Kesemuanya wajib melalui satu proses semulajadi yang dipanggil usaha yang berterusan....

