Sejarah CNI Enterprise
(M) Sdn Bhd Bermula pada tahun 1989 apabila tiga orang usahawan
bercita-cita tinggi dan berwawasan bergabung untuk membentuk
sebuah syarikat jualan langsung.
Bermula dengan sebuah kedai sewa di Petaling Jaya diikuti bangunan
sendiri di Ampang pada 1992, CNI kini telah berubah wajah dan maju
ke hadapan dengan Wisma CNI di Glenmarie, Shah Alam. Perkembangannya
selaras dengan pertumbuhan pesat CNI dengan modal pusingan
berjumlah lebih RM260,000,000 pada tahun 2004 berbanding RM120,000 pada tahun 1989. Perjalanannya dipenuhi onak dan
duri, namun tekad CNI telah meletakkannya di baris hadapan industri
jualan langsung tempatan masa kini.
KILANG
GMP
Kualiti adalah nilai
terunggul sesuatu produk. Pengguna akan lebih mudah tertarik dan
setia kepada produk yang mempunyai nilai kualiti unggul. Idea
penubuhan kilang pemprosesan dan pembungkusan sendiri tercetus
apabila pengasas CNI sedar bahawa syarikat perlu
mempromosikan kualiti produk dan mengurangkan kebergantungan
kepada rangkaian produk yang dibekal oleh sumber-sumber luar. Maka
pada tahun 1991, Exclusive Mark (M) Sdn Bhd telah ditubuhkan untuk
memproses, membungkus dan membekal produk makanan dan minuman.
Pada tahun 1992, sebagai tambahan kepada makanan dan minuman dan
selaras dengan perkembangan pesat syarikat, rangkaian produk CNI
telah dikembangkan merangkumi kepada produk penjagaan diri, penjagaan
kebersihan diri dan penjagaan kereta. Kilang Q-Pack telah
ditubuhkan pada tahun itu khas untuk menghasilkan produk-produk
dalam kategori tersebut.
EM dan Q-Pack telah mewujudkan prosedur jaminan kualiti yang ketat
dan menjalankan pemeriksaan kawalan pada setiap peringkat
kritikal proses pengilangan. Kemudahan dan standard pengilangan EM
dan Q-Pack telah disahkan oleh badan-badan pentauliahan tempatan
dan antarabangsa bagi memastikan pengguna menikmati produk yang
terbaik daripada CNI. EM telah dianugerahkan Amalan Pengilangan
Baik (GMP) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun
1999, ISO9001:2000 serta HACCP (Keselamatan Makanan) oleh Sci-Qual
International Ptd Ltd, Australia pada tahun 2002. Q-Pack turut
diberi pentauliahan GMP oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada
tahun 1999 dan ISO9001:2000 oleh Llyod's Register Quality
Assurance, UK pada tahun 2003.
PRODUK
CNI amat mementingkan
kepuasan pengguna dan sentiasa membangun, meningkat serta
menjalankan penyelidikan ke atas portfolio produk. Strategi sungguh
ringkas, iaitu membekalkan produk unik dan unggul, bermutu tinggi
dan berkesan kepada pengguna pada harga yang berpatutan.
Sehingga kini, CNI menawarkan lebih 200 produk berkualiti yang
termasuk di dalam 5 kategori utama iaitu makanan
kesihatan, penjagaan diri dan kecantikan, makanan dan
minuman, penjagaan rumah, penjagaan kereta dan produk ekslusif. CNI
menawarkan rangkaian produk lengkap untuk keperluan harian
pengguna, tidak kira tua atau muda, lelaki atau wanita.
Kualiti produk adalah matlamat utama dan selaras dengan
perkembangan pasaran, CNI akan terus memperkenalkan lebih banyak
produk menggunakan ramuan bermutu tinggi bagi menghasilkan
keberkesanan dan nilai kepada pengguna. Produk terkenal, CNI Cafe
telah mengharumkan nama syarikat dan negara setelah ia memenangi
anugerah 'Best of Show' daripada majalah Coffee & Cuisine di Pesta
Kopi Seattle, Amerika Syarikat pada tahun 1998 kerana keunikan dan
kelazatannya. Satu lagi produk unik, Kopi GinsengTongkat Ali telah meraih pencapaian luarbiasa 285 juta cawan hidangan setakat
ini semenjak ia dipasarkan pada tahun 1999. Disamping itu, komitmen
terhadap kualiti dan keberkesanan produk turut disokong oleh
penyelidikan dan pembangunan yang saintifik, klinikal dan efisien.
SISTEM
PENDIDIKAN
Sistem Pendidikan
Keusahawanan CNI yang dikenali sebagai BES menjadi asas penerapan
nilai dan imej profesional bagi setiap pengedar CNI. BES
dikendalikan di dalam pelbagai bentuk latihan, bengkel dan kursus
tetap untuk meningkatkan prestasi dan pengetahuan perniagaan serta
produk di samping menguatkan motivasi dan keyakinan
pengedar. Pebagai jenis alat bantuan jualan berkualiti turut
dihasilkan oleh syarikat untuk membantu pengedar dalam aktiviti
jualan dan penajaan mereka. Usaha dan pelaburan yang diperuntukkan
adalah sejajar dengan polisi syarikat untuk sebuah organisasi
berilmu dan suka belajar yang menyokong perkembangan sumber
manusia, pengetahuan dan inovasi dalam mempelopori kualiti produk
dan operasi.
INSENTIF PERNIAGAAN
CNI menawarkan pelan
insentif yang komprehensif serta adil untuk pengedar membina
sebuah perniagaan yang berjaya asalkan mereka
komited, dedikasi , rajin menimba ilmu dan sanggup meluangkan masa untuk memperjuangkan kerjaya
CNI. Sistem insentif CNI terbahagi kepada ganjaran kewangan dan
bukan kewangan berdasarkan 4 ciri istimewa Rancangan Perniagaan
CNI iaitu Adil, Praktikal, Akumulatif dan Pengagihan Keuntungan. Ganjaran
kewangan yang ditawarkan antaranya keuntungan runcit di atas
jualan, Tabung insentif kereta, Tabung insentif rumah dan pelbagai
jenis bonus bulanan yang nilainya berbeza mengikut pangkat dan
prestasi pengedar. Ganjaran bukan kewangan pula terdiri daripada
pelancongan dalam dan luar negara, insentif pendidikan anak-anak
pengedar, sijil, penganugerahan pin serta siaran gambar pengedar di dalam majalah
bulanan CNI NEWS sebagai pengiktirafan kenaikan pangkat mereka.
SISTEM
PENGEDARAN
Sehingga Mei 2005, CNI
Enterprise mempunyai jumlah pengedar seramai 310,841 orang dan
88,761 daripada mereka merupakan pengedar aktif yang berada di
seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei. Cawangan CNI di Sabah dan
Sarawak memudahkan lagi perkembangan perniagaan dan usaha
menembusi pasaran Malaysia Timur. Peranan dua cawangan ini
termasuklah melaksanakan kegiatan pemasaran dan jualan
syarikat, menyediakan latihan jualan, logistik dan sokongan
pergudangan.
Ibu Pejabat CNI dan cawangan-cawangannya turut disokong oleh 70
pusat pengedaran, 133 buah stesen jualan dan 25 buah salun
kecantikan profesional (sehingga Mei 2005) yang terletak di
bandar-bandar utama Malaysia, Singapura dan Brunei. Jaringan
perkhidmatan dan pengedaran yang menyeluruh ini adalah kelebihan
sistem pengedaran CNI dalam memenuhi keperluan pengedar serta
pelanggan dan menjadi sumber kecemerlangan kerjaya CNI.
Pengurus Agensi Intan Jutawan adalah pangkat tertinggi di dalam
kerjaya CNI. Sehingga September 2005 CNI telah berjaya
melahirkan 40 Intan Jutawan daripada pelbagai latar
belakang. Mereka adalah bukti keberkesanan sistem CNI dan keluhuran
kerjaya CNI. Ikutlah jejak kecemerlangan mereka, percaya kepada CNI
dan anda juga pasti berjaya bersama CNI.
Ini bukan laman web rasmi syarikat CNI dan
sebarang maklumat yang terdapat didalam laman web ini tidak disahkan
oleh mana-mana pihak. Maklumat lengkap syarikat CNI boleh diperolehi
dengan melayari
laman web rasmi CNI